BAHAN-BAHAN YANG BERKAITAN Bumi kita dah tenat, dan banyak barang terbuang yang sebenarnya boleh dikitar semula. Sebolehnya kita gunakan apa yang ada untuk berjimat dalam pada masa yang sama kita membolehkan untuk menjadi seorang yang lebih kreatif . Barang/bahan apa yang boleh dikitar semula?? 4 bahan asas iaitu plastik, kertas, aluminium dan kaca . Selain itu kayu (bergantung jenisnya) pun boleh dijadikan bahan untuk kitar semula. Plastik: · Beg-beg membeli belah plastik, · Beg plastik dari supermarkat, · Botol minuman plastik, · Botol air mineral · bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula. Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA. Kertas: Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, Contohnya: · suratkhabar lama, · majalah lama, · buku, · katalog, ·
Catatan
- Dapatkan pautan
- E-mel
- Apl Lain
LAPORAN PERTANDINGAN KITAR SEMULA Nama : Laporan Pertandingan Menggunakan Barang Buangan PENGENALAN Program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar pengetahuan mengenai kepentingan kitar semula dalam kehidupan kita. Banyak aktiviti yang telah dijalankan di bawah program ini. Antaranya ialah aktiviti pengumpulan barang-barang terbuang, pertandingan melukis dan mewarna dengan tema cintai alam sekitar dan banyak lagi. OBJEKTIF 1) Mendedahkan para pelajar pengetahuan mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program mesra alam. 2) Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan seperti program kitar semula. 3) Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah 4) Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari. 5) Memupuk sikap bertanggungjawab ke
BERITA
- Dapatkan pautan
- E-mel
- Apl Lain
MEMETIK artikel bertajuk 'Hari tanpa beg plastik' daripada laman sesawang pmr.penerangan. gov.my, Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang dijalankan Kerajaan Selangor, bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan tabiat harian yang tidak hanya berlaku pada setiap Sabtu bagi penduduk di Selangor. Kempen ini memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat generasi akan datang. Hari Tanpa Beg Plastik setakat ini hanya disertai dan disokong organisasi dan pasar raya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, dan 7-Eleven. Lebih kurang 500 bilion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih sejuta beg plastik dalam seminit. Dan berbilion-bilion beg ini akan menjadi sampah. Apa yang membimbangkan tentang plastik? Plastik diperbuat daripada sumber bahan yang amat berharga iaitu minyak. Lebih banyak plastik digunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak pada masa hadapan. Ketika beg pl
AKTIVITI KITAR SEMULA
- Dapatkan pautan
- E-mel
- Apl Lain
Aktiviti Kreatif Jika kuantiti barang kitar semula ini banyak mungkin anda ringan tulang untuk menjualnya di tempat pengumpulan bahan terbuang, dapat juga sedikit wang. Tapi jika kuantitinya sedikit... Tunggu dipungut lori sampah lah jawabnya. Satu kerugian yang amat besar... Jom kita buat aktiviti menarik dan berbaloi dengan kreativiti kitar semula... Lihatlah bagaimana kotak terbuang di olah menjadi lampu gantung hiasan yang sangat cantik dan menarik. Tayar terbuang seringkali dijadikan tempat tanaman pokok bunga. Apa kata kali ini anda jadikan ianya sebuah kolam mini...Menarik bukan! “Pembuka tin minuman” boleh dijadikan sebagai lampu belajar / lampu tidur yang sangat unik dan menarik. Botol-botol kaca yang pelbagai warna, saiz dan rupa menggantikan batu bata simen dinding pagar rumah. Gunakan kreativiti anda untuk menyusunnya. Pasti ianya memberi keunikan dan menjadi hasil seni yang sungguh menarik dan eksklusif! Botol p
Kitar Semula
- Dapatkan pautan
- E-mel
- Apl Lain
KITAR SEMULA Pengenalan Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "pengurangan pembaziran, guna semula, kitar semula dan hirarki buangan ". Bahan boleh dikitar semula termasuk: KACA KERTAS ALUMINIUM PLASTIK