LAPORAN
PERTANDINGAN KITAR SEMULA
Nama : Laporan Pertandingan Menggunakan Barang Buangan
PENGENALAN
Program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar
pengetahuan mengenai kepentingan kitar semula dalam kehidupan kita. Banyak aktiviti
yang telah dijalankan di bawah program ini. Antaranya ialah aktiviti
pengumpulan barang-barang terbuang, pertandingan melukis dan mewarna dengan
tema cintai alam sekitar dan banyak lagi.
OBJEKTIF
1) Mendedahkan para pelajar pengetahuan mengenai kepentingan pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program mesra alam.
2)
Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan
seperti program kitar semula.
3) Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan
dan keceriaan persekitaran sekolah
4) Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah
yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
5)
Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi
dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga sekolah untuk menjalankan
aktiviti kitar semula.
MASA
Masa yang diambil oleh pelajar untuk menyiapkan barangan ini selama
1 minggu bersempena minggu “Program Sayangi Alam Sekitar Kita”.
BARANG-BARANG
HASIL DARIPADA KITAR SEMULA
Ulasan
Catat Ulasan