BERITA
MEMETIK artikel bertajuk 'Hari tanpa beg plastik' daripada laman sesawang
pmr.penerangan. gov.my, Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang dijalankan Kerajaan
Selangor, bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan tabiat
harian yang tidak hanya berlaku pada setiap Sabtu bagi penduduk di Selangor.
Kempen ini memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat generasi akan datang. Hari Tanpa Beg Plastik setakat ini hanya disertai dan disokong organisasi dan pasar raya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, dan 7-Eleven.
Lebih kurang 500 bilion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih sejuta beg plastik dalam seminit. Dan berbilion-bilion beg ini akan menjadi sampah.
Kempen ini memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat generasi akan datang. Hari Tanpa Beg Plastik setakat ini hanya disertai dan disokong organisasi dan pasar raya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, dan 7-Eleven.
Lebih kurang 500 bilion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih sejuta beg plastik dalam seminit. Dan berbilion-bilion beg ini akan menjadi sampah.
Apa yang membimbangkan tentang plastik? Plastik diperbuat daripada sumber bahan yang amat berharga iaitu minyak.
Lebih banyak plastik digunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak pada masa hadapan.
Ketika beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus daripada muka bumi. Jika berlaku pengurangan beg plastik hari ini, masih terdapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.
Beg
plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu
bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh
memasuki sumber air minum kita. Binatang yang menyangka beg plastik makanan
boleh mati apabila termakan beg plastik tersebut.
Selain itu
beg plastik juga menyebabkan, berlaku peresapan air yang menyebabkan banjir, dan
merosakkan kesuburan tanah.
Beg
plastik tergolong 'barang sekali pakai' sehingga memperbanyak sampah. Kalau
berbelanja bulanan di pusat membeli-belah, sekali belanja kebiasaannya akan
memakai paling tidak empat beg plastik dalam berbagai ukuran.
Jakarta
menghasilkan sekitar 6,000 tan sampah setiap hari, yang lebih dari setengahnya
adalah sampah non-organik terutama plastik dan kertas.
Untuk
menghasilkan beg plastik, setiap tahun diperlukan 12 juta tong minyak. Jika
menggunakan beg yang boleh digunakan semula, sebanyak enam beg plastik dapat
dijimatkan.
Jika
seorang daripada lima orang di Malaysia mengamalkan tabiat ini, dapat
mengurangkan sebanyak 110,822,400,000 beg sepanjang umur.
Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan beg plastik. Contohnya negara China telah mengharamkan pemberian beg plastik percuma. Ekoran daripada itu, China akan menjimatkan 37 juta tong minyak
Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan beg plastik. Contohnya negara China telah mengharamkan pemberian beg plastik percuma. Ekoran daripada itu, China akan menjimatkan 37 juta tong minyak
Apa kata pengguna
Guna beg plastik tidak elok untuk alam sekitar, tetapi melihat kepada
corak pengguna Malaysia kini masih ramai yang guna beg plastik ketika membeli
belah. Malah, ada menganggap tidak mengapa bayar 20 sen untuk sekeping beg
plastik. Ada yang kata tidak kisah, ada yang kata bagus sebab mendidik cinta
alam sekitar, ada pula yang tidak berapa berkenan. Melihatkan hal ini, adakah
kempen Hari Tanpa Plastik menyusahkan atau sebaliknya? Apa kata pengguna...
"Saya rasa kempen sebegini amat tepat untuk mengurangkan pencemaran.
Setiap Sabtu memang saya bawa beg kitar semula, kerana pasar raya akan
mengenakan caj untuk beg plastik. Kebiasaannya saya mengingatkan ahli keluarga
agar membawa beg kanvas, jika mahu membeli belah barangan keperluan
harian." - Nur Nazirah Khairudin, 19, pelajar
“Saya
sering membeli barang basah untuk berniaga, kadang kala ia menyukarkan kerana
barang seperti ikan, udang, ayam dan kerang berbau. Terpaksa saya membayar caj
plastik jika membeli pada Sabtu. Tetapi mengenai kempen ini saya berpendapat ia
dapat mengurangkan penggunaan plastik." - Zalina Hashim, 40,
peniaga.
"Bila
membeli-belah tanpa beg plastik tidak susah jika telah jadi amalan. Saya selalu
membawa beg kitar semula sendiri apabila membeli belah, Tidak kira pada Sabtu
atau tidak, saya memang siap sedia membawanya. Lagipun ia untuk menjaga alam
sekitar juga." - Lim Sok Ha, 62, suri rumah.
"Caj 20 sen bagi saya tiada masalah. Apa yang penting usaha ini dapat bantu menjaga alam sekitar. Mula-mula memanglah sukar, tapi bila dah jadi amalan tidak jadi masalah. bawalah beg sendiri bila membeli belah setiap Sabtu." - Ruyani Bidon, 55, peniaga.
"Ramai
pengguna lupa bawa beg sendiri bila membeli-belah setiap Sabtu. Agaknya kerana
kempen ini hanya sekali dalam seminggu. Saya berpendapat jika dijadikan amalan
seharian pengguna Malaysia ia bukan lagi pelik. Jika pakai beg kertas pun apa
salahnya, dahulu sebelum ada beg plastik, membeli barang pun bungkus dalam
kertas sahaja." - Faridah Salleh, 56, suri rumah.
"Jangan
fikirkan tentang caj yang dikenakan, tetapi skop lebih besar adalah mendidik
pengguna supaya kurangkan penggunaan beg plastik. Bagi saya kempen Hari Tanpa
Plastik adalah permulaan yang baik untuk mendidik warga Malaysia cintai alam
sekitar." - Adlin Samsudin, 33, kakitangan semi-kerajaan.
Ulasan
Catat Ulasan