BAHAN-BAHAN YANG BERKAITAN

Bumi kita dah tenat, dan banyak barang terbuang yang sebenarnya boleh dikitar semula. Sebolehnya kita gunakan apa yang ada untuk berjimat dalam pada masa yang sama kita membolehkan untuk menjadi  seorang yang lebih kreatif.
Barang/bahan apa yang boleh dikitar semula?? 
4 bahan asas iaitu plastik, kertas, aluminium dan kaca. Selain itu kayu (bergantung jenisnya) pun boleh dijadikan bahan untuk kitar semula.
Plastik:
·         Beg-beg membeli belah plastik,
·         Beg plastik dari supermarkat,
·         Botol minuman plastik,
·         Botol air mineral
·         bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.

Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.
Kertas:
Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, Contohnya:
·         suratkhabar lama,
·         majalah lama,
·         buku,
·         katalog,
·         risalah,
·         kalendar,
·         kad,
·         sampul surat
·         Kotak
Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.
Aluminium:
Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium. Ia juga mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA
Contoh : Tin minuman.
Kaca:
Semua jenis kaca termasuklah
·         botol minuman,
·         bekas makanan,
·         botol vitamin dan bekas kosmetik
·         Gelas minum
·         Kaca tingkap
·         Cermin Mentol
·         Kaca tingkap yang pecah dan cermin kereta
·         Kaca tahan suhu tinggi – Pyrex, Corning Ware, Vision Ware
·         Botol legap putih
·  Kaca yang digunakan di makmal atau hospital untuk kajian dan perubatan
Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT.  






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitar Semula

AKTIVITI KITAR SEMULA