AKTIVITI KITAR SEMULA

Aktiviti Kreatif

Jika kuantiti barang kitar semula ini banyak mungkin anda ringan tulang untuk menjualnya di tempat pengumpulan bahan terbuang, dapat juga sedikit wang. Tapi jika kuantitinya sedikit... Tunggu dipungut lori sampah lah jawabnya. Satu kerugian yang amat besar... Jom kita buat aktiviti menarik dan berbaloi dengan kreativiti kitar semula...
 Lihatlah bagaimana kotak terbuang di olah menjadi lampu gantung hiasan yang sangat cantik dan menarik.



Tayar terbuang seringkali dijadikan tempat tanaman pokok bunga. Apa kata kali ini anda jadikan ianya sebuah kolam mini...Menarik bukan!




“Pembuka tin minuman” boleh dijadikan sebagai lampu belajar / lampu tidur yang sangat unik dan menarik.



Botol-botol kaca yang pelbagai warna, saiz dan rupa menggantikan batu bata simen dinding pagar rumah. Gunakan kreativiti anda untuk menyusunnya. Pasti ianya memberi keunikan dan menjadi hasil seni yang sungguh menarik dan eksklusif!


Botol plastik yang kelihatan biasa di olah menjadi pasu bunga yang sungguh menarik. Pasti berebut untuk memilikinya.



Bekas tempat letak pen dan pensil yang sangat menarik. Hasil kreatif dari kayu terbuang.






Biasa lihat simbol ini? 

Kenalkan dan dedahkan anak-anak anda dengan kitar semula. Beri penjelasan dan kefahaman tentang kepentingan kitar semula. Lakukan aktiviti kitar semula bersama mereka. Mereka masih rebung yang boleh diajar serta di lentur...Kita ni dah jadi buluh...hihihe... 

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau pun juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitar Semula